Calon Berjasa tanding Dun Batu Kurau

in Uncategorized by


LARUT – Calon Berjasa, Zainal Abidin Abd Rahman bakal bertanding di Dun Batu Kurau pada PRU14 kali ini, selepas parti itu secara rasminya mengumumkan keluar daripada Gagasan Sejahtera berkuatkuasa hari ini.


Zainal Abidin yang juga ahli jawatankuasa (AJK) Berjasa Pusat berkata, keputusan itu dibuat selepas Pas tidak memberikan kerusi kepada Berjasa bagi kawasan yang mempunyai majoriti pengundi Melayu walaupun pernah bertanding sebelum ini.


Menurutnya, calon-calon Berjasa mahu diletakkan di kawasan yang majoriti pengundinya adalah Cina (DAP).


“Saya sendiri sebelum ini ingin bertanding di Dun Batu Kurau, namun diletakkan di kerusi Dun Aulong,” katanya kepada Sinar Harian, di sini hari ini.


Tambah Zainal Abidin, Berjasa adalah sebuah parti yang ditubuhkan sejak tahun 1977 lagi.


“Namun sekarang kita baru nak bangunkan semula supaya orang lebih kenal,” katanya.


Zainal Abidin anak jati dari Kampung Perak bakal berdepan perlawanan empat penjuru antara penyandang kerusi Dun Batu Kurau, Datuk Dr. Muhammad Amin Zakaria, Mohd Shahir Mohd Hassan (Pas) dan Muhammad Aiman Aizuddin Md Husin (PKR).


Pada PRU13 lalu, Zainal Abidin pernah bertanding di Dun Kuala Sepetang menetang calon BN, Loh Swee Eng dan calon PKR, Chua Yee Ling, namun hanya mendapat 430 undi.


Source: SH Edisi Perak

[featured-video-plus]