Calon BN sifatkan BN boleh menang

in Edisi Pahang by


KUANTAN –  Persaingan tiga penjuru di  Dun Beserah (N12) dilihat seimbang dan yakin kelebihan berpihak kepada BN.


Keyakinan itu dizahirkan calon BN di Beserah, Datuk Suhaimi Sulong yang turut berpendapat pengundi cukup bijak memilih memandangkan banyak tumpuan diberikan kerajaan di Beserah walaupun sebelum ini berada di bawah pembangkang.


” Dalam 10 tahun kebelakangan , kita melihat banyak pembangunan dilaksanakan yang secara tidak langsung memberi manfaat kepada rakyat di Beserah.


“Justeru, semua itu harus dilihat secara holistik dan positif iaitu kerajaan prihatin terhadap kebajikan rakyat,”katanya kepada media selepas majlis penamaan calon selesai di Wisma Belia.


Suhaimi berkata, dia juga melihat potensi kawasan Beserah yang mempunyai kawasan pantai dan kawasan perindustrian adalah pakej terbaik dalam memastikan manfaat sewajarnya dinikmati rakyat.


Dalam pada itu, Suhaimi tidak melupakan kebajikan nelayan yang sinonim di Beserah.


“Beserah mempunyai jumlah nelayan yang ramai dan saya mahu kebajikan mereka terjamin dengan bantuan-bantuan yang belum diperoleh.


“Melalui program turun padang , isu-isu masa depan anak-anak nelayan antara yang perlu diberi perhatian selain kebajikan nelayan itu sendiri,”katanya.


Dun Beserah menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara BN, Pas dan PKR.

 


Source: SH Edisi Pahang

[featured-video-plus]