Deklarasi Panmunjom buka era baharu

in Global by


SEOUL – KOREA SELATAN. Pertemuan bersejarah antara pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un dan Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in membuka jalan era baharu, menurut laporan media tempatan di Pyongyang, hari ini.


Agensi berita KCNA melaporkan mesyuarat antara kedua-dua pemimpin tersebut bakal membawa kepada perpaduan dan perdamaian nasional serta keamanan dan kemakmuran di Semenanjung Korea.


Menerusi Deklarasi Panmunjom, kedua-dua pemimpin terbabit mengesahkan matlamat sama untuk menjadikan Semenanjung Korea bebas nuklear sepenuhnya.


Pendirian Pyongyang untuk menjadi sebuah negara kuasa nuklear akhirnya berubah selepas ia bersetuju untuk usaha menyahnuklear.


Jong-un dikatakan telah menawarkan langkah itu sebagai pertukaran dengan jaminan keselamatan, namun beliau tidak membuat sebarang rujukan awam untuk berbuat demikian ketika sidang kemuncak menakjubkan, semalam.


Ketika pertemuan bersejarah itu, Jong-un menjadi pemimpin Pyongyang pertama menjejakkan kaki ke garisan Zon Bebas Tentera (DMZ) sejak Perang Korea berakhir pada 1953 dengan perjanjian gencatan senjata.


Jong-un turut mempelawa Jae-in melangkah masuk ke Korea Utara yang mana kedua-dua pemimpin terbabit turut menghabiskan masa bersama sepanjang tempoh pertemuan itu. – AFP


Source: SH Global

[featured-video-plus]