Gagal bertanding kerana didakwa muflis

in Edisi Utara by


KEPALA BATAS- Calon pembangkang DUN Penaga, Yaakop Osman (PPBM) tidak akan bertanding pada PRU14) ini selepas didakwa muflis.


Perkara tersebut telah disahkan sendiri oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Hakmal Effendi Ishak ketika membuat pengumuman rasmi penamaan calon bagi kerusi di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun) yang akan bertanding dalam PRU14 tadi.


Yaakop yang ditemui pemberita di luar dewan Pusat Penamaan Calon Dewan Bertam Mutiara Industri Latihan Perindustrian, menyatakan kekesalannya kerana tidak dapat bertanding pada PRU14 nanti.


“Saya serahkan kepada peguam berikutan dakwaan bahawa saya mempunyai masalah kewangan.


“Saya terima keputusan ini dan memohon maaf kepada semua pengundi Dun ini kerana tidak dapat meneruskan khidmat selaku wakil rakyat di sini,” katanya dalam nada yang kesal lalu meninggalkan perkarangan dewan tersebut bersama-sama beberapa orang pengikutnya.


Ekoran daripada penguguran nama Yaakop sebagai calon Dun Penaga, maka PRU14 kali ini bakal menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mohd Zain Ahmad dan Mohd Yusni Mat Piah (Pas).


PRU kali ini turut menyaksikan pertembungan tiga penjuru di Parlimen Kepala Batas yang menampilkan penyandang kerusi itu sejak penggal lalu, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican calon BN yang akan ditentang oleh calon muka baharu parti pembangkang Siti Mastura Mohamad (Pas) dan juga Dr Zaidi Zakaria (Amanah).


Source: SH Edisi Utara

[featured-video-plus]