Hon kenderaan gamatkan penamaan calon di Pekan Nanas

in Edisi by


PONTIAN – Kehadiran penyokong BN, Pas dan Pakatan Harapan (Harapan) di luar pusat penamaan calon bagi Parlimen Tanjung Piai di Dewan Tunku Ibrahim Ismail Pekan Nanas cukup gamat apabila sorakan mereka di sambut dengan bunyi hon kenderaan.


Kedudukan Dewan Tunku Ibrahim Ismail yang terletak di hadapan Jalan Pontian- Johor Bahru, Pekan Nanas menyaksikan ia menjadi tumpuan bukan sahaja penyokong tetapi juga pengguna jalan yang memperlahankan kenderaan.


Ada segelintir pemandu lori bertindak membunyikan hon yang kemudiannya disambut dengan jeritan penyokong parti.


Bagaimanapun, keadaan dapat dikawal oleh anggota polis yang bertugas mengawal lalu lintas dan penyokong di sepanjang laluan dihadapan Dewan Tunku Ibrahim Ismail.


Kira- kira 1,000 penyokong membanjiri Dewan Tunku Ibrahim Ismail seawal jam 7.30 pagi.


Kehadiran penyokong dengan bendera dan melaungkan slogan dan kata- kata semangat turut mencuri perhatian orang ramai yang berkumpul di gerai Majlis Daerah Pontian yang terletak di hadapan Dewan Tunku Ibarahim Ismail.


Source: SH Edisi

[featured-video-plus]