Marang jadi tumpuan lagi

in Edisi Terengganu by


MARANG – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengingatkan ahli parti berkenaan agar tidak merendahkan kemampuan dan personaliti calon parti lawan bertanding pada PRU14 kali ini.


Calon Parlimen Marang itu berkata, walaupun ada dalam kalangan calon tidak mempunyai kelulusan akademik tinggi tetapi ada kalangan mereka memberikan khidmat baik kepada masyarakat.


“Orang Pas jangan merendah-rendahkan calon (lawan), walaupun akademik (mereka) tak tinggi kerana mereka ada berkhidmat kepada masyarakat,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui media di Pusat Penamaan Calon P37 bagi Parlimen Marang dan Dun-Dun dalam kawasan Parlimen Marang di Pejabat Daerah Marang di sini, hari ini.


Dalam pada itu, ketika ditanya media adakah beliau mampu mempertahankan kerusi Parlimen Marang, beliau memberi keyakinan akan dapat mengekalkan kerusi yang disandangnya itu.


“Dengan izin ALLAH kekal di Marang. Dilihat pada majlis majlis diadakan juga syukur sangat baik, sangat positif setelah kita perkenalkan (calon Pas) kepada ahli Pas lain,” katanya.


Beliau juga optimis Pas mempunyai peluang untuk menawan Terengganu kerana calon-calon parti itu yang tewas kepada BN pada PRU13 lalu hanya dengan jumlah majoriti yang agak kecil.


Beliau berkata, tambahan sokongan diterima daripada pengundi muda yang merupakan 40 peratus daripada jumlah keseluruhan pengundi di negeri itu memberi sambutan baik kepada Pas.




 


Source: SH Edisi Terengganu

[featured-video-plus]