Pendaftaran penamaan calon Maran berjalan lancar

in Politik by


MARAN – Suasana di pusat penamaan calon bagi Parlimen Maran N086 di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, di sini, hari ini, berjalan lancar.


Pasukan Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan pegawai Jabatan Insolvensi serta kakitangan Suruhanjaya Pilihanraya bertugas sekitar lokasi pusat penamaan sejak jam 7 pagi manakala proses penamaan calon PRU14 bermula tepat jam 9 pagi.


Parlimen Maran dan kesemua Dun bakal menyaksikan pertembungan antara tiga penjuru.


Datuk Seri Ismail Abd Muttalib dari BN (Umno) bakal dicabar calon Pas,  Hasenan Haron dan Pakatan Harapan ( Bersatu), Ahmad Faiz Ahmad Nordin yang merupakan calon paling muda berusia 34 tahun.


Bagi Dun Kuala Sentul, penyandang  Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin (Umno) bakal bertembung dengan calon Pas, Fazil Azmi Nadzri dan calon PH (PKR), Bostamin Bakar.


Dun Chenor, penyandang calon BN (Umno) Datuk Mohamed Arifin Awang Ismail bakal berentap dengan calon Pas, Ustaz Mujibur Rahman Ishak dan calon PH (PKR ), Zuliana Mohamed.


Sementara itu, Dun Luit, Nurhidayah Shahaimi dari BN (Umno) bakal bersaing dengan calon Pas, Mohd Sofian Abd Jalil dan calon PH (PKR), Rosli Amin.


Pengumuman calon akan dibuat Pegawai Pengurus Pilihanraya Parlimen Maran, Zaman Azam Mohd Sarif @ Ahmed.

 


Source: SH Politik

[featured-video-plus]