Penyokong Pas, BN 'berperang'

in Politik by


BALING- Ribuan penyokong Pas dan Umno ‘berperang’ di luar Dewan Tun Abdul Razak ketika proses penamaan calon berlangsung pagi tadi.


Kedua-dua penyokong yang dipisahkan sejauh lebih 100 meter itu dilihat saling berbalas sorakan dan mengibarkan bendera.


Malah ada ketikanya, penyokong BN menyanyikan lagu ‘Inilah Barisan Kita’ manakala Pas membalas dengan laungan tadbir dan selawat.


Tindakan kedua-dua penyokong itu menarik perhatian pengamal media, calon, petugas SPR dan penyokong Pakatan Harapan yang berada di sudut lain.


Bagaimanapun, polis berjaya mengawal keadaan dengan baik tanpa sebarang kejadian tidak diingini.


Source: SH Politik

[featured-video-plus]