Pokok Sena bukan kubu kuat Pas lagi: Mahfuz

in Politik by


POKOK SENA – Kawasan Pokok Sena didakwa bukan lagi kubu kuat Pas kerana sudah ada ahli parti tersebut memberi sokongan secara senyap kepada Pakatan Harapan (Harapan).


Penyandang Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, pemikiran ahli parti Islam itu kini semakin terbuka dan tahu memperhalusi sesuatu perkara berhubung isu-isu semasa yang berlaku di Kedah mahupun di peringkat negara.


Menurut bekas Naib Presiden Pas itu, beliau percaya ramai ahli Pas menyembunyikan hasrat mereka dan secara terbuka memberikan sokongan kepada Harapan sekali gus akan memberikan kekuatan kepada parti untuk meraih kejayaan lebih besar pada PRU14.


“Mengejutkan hari ini (semalam) apabila pencadang dan penyokong bagi calon Harapan Dun Bukit Pinang, Che Mat Dzahed Ahmad ialah ahli Pas dan penyokong kepada calon bebas juga adalah ahli parti tersebut.


“Perkara ini menunjukkan pemikiran ahli-ahli Pas kini (sebenarnya) bersedia bersama parti lain selain daripada Pas,” katanya kepada pemberita selepas penamaan calon di Pusat Penamaan Calon di Pejabat Daerah dan Tanah Pokok Sena, semalam.


Katanya lagi, sokongan dan komitmen yang diberikan oleh ahli Pas di Kawasan Pokok Sena kepadanya masih lagi memberangsangkan.


Sebelum ini Mahfuz menang pada PRU12 dan PRU13 di Pokok Sena bertanding atas tiket Pas.


Pada PRU14 pula, beliau kini bersama Amanah mewakili Harapan berdepan dua lagi pencabar iaitu bekas pemain bola sepak Kedah, Radhi Mat Din dari Pas dan calon BB, Datuk Said Ali Syed Rastan.


Source: SH Politik

[featured-video-plus]