'Power Rangers' iring calon Pas

in Politik by


ARAU – Kehadiran kelibat watak ‘Power Rangers’ Merah di perkarangan Dewan Harumanis Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin mendapat perhatian ramai.


Mana tidaknya, ketibaannya mengiringi semua calon Pas sambil membawa bendera mengukir senyuman semua petugas media dan polis yang ada.


“Ini Power Rangers dari Kodiang!” jawabnya ringkas ketika ditanya Astro Awani.


Penyokong dan calon semua parti yang bertanding mula tiba di perkarangan Pusat Penamaan Calon sekitar jam 8.30 pagi.


Source: SH Politik

[featured-video-plus]