Puteri Wangsa pertembungan lima calon

in Edisi Johor by


JOHOR BAHRU – Kerusi Dun Puteri Wangsa pada PRU14 kali ini bakal menyaksikan pertembungan lima penjuru apabila dua calon bebas turut menyerahkan borang penamaan di Dewan Pelangi Indah, di sini, pagi tadi.


Penyandang, Abdullah Husin daripada Pas muncul calon pertama menyerahkan borang penamaan jam 9.02 pagi.


Ia diikuti calon PKR, Mazlan Bujang dan calon BN, Abdul Aziz Tohak.


Turut mencuri tumpuan, dua calon bebas, iaitu bekas ahli MCA, Lim Yak Hong serta ahli perniagaan, Ting Choon Chai yang menyerahkan borang berkenaan untuk bertanding dengan tiket bebas.


Pengumuman nama calon diumumkan oleh Pegawai Pengurus Suruhanjaya Pilihanraya Parlimen Tebrau, Azman Mohd Shah.


Source: SH Edisi Johor

[featured-video-plus]