Saingan tiga penjuru di Parlimen Langkawi

in Politik by


LANGKAWI – Parlimen P. 004 Langkawi direbut Pakatan Harapan diwakili Tun Dr Mahathir Mohamad dan penyandang BN, Datuk Ir Nawawi Ahmad serta calon Pas, Zubir Ahmad.


Pertempuran di Langkawi membabitkan pertembungan tiga penjuru bagi kerusi Parlimen dan Dun Ayer Hangat antara Harapan Pas dan BN, manakala di Dun Kuah wujud perebutan empat penjuru, Harapan, BN, Pas dan calon Bebas.


Pegawai Pengurus Pilihan Raya Langkawi,Arof Darus mengumumkan senarai calon bertanding di Langkawi kira-kira 11.40 pagi dan memaklumkan tiada permohonan ditolak manakala tarikh undi awal ditetapkan pada 5 Mei.


Langkawi merupakan kerusi paling panas, apabila menyaksikan bekas Perdana Menteri yang ‘bersara’ masuk semula ke gelanggang politik negara dengan mengemudi pakatan pembangkang.


Mahathir mempertaruhkan modal jasa dan khidmat baktinya selama mentadbir negara dan juga arkitek pembangunan pulau peranginan bebas cukai itu bagi menumbangkan BN.


Proses penamaan calon di Langkawi berjalan aman tanpa sebarang provokasi daripada penyokong ketiga-tiga parti.


Kelihatan seramai 2,000 penyokong Pakatan Harapan, 500 penyokong Pas, BN 1,000 penyokong BN membanjiri pekarangan Pejabat Daerah dan Tanah Langkawi memberi sokongan kepada calon mereka.


Sebelum beredar Mahathir bersalaman dengan penyokong Harapan yang menunggunya hampir tiga jam, diiringi dengan gema laungan Hidup Tun!


 


Info:


Parlimen Langkawi


Harapan: Tun Dr Mahathir Mohamad


BN: Datuk Ir Nawawi Ahmad


Pas: Zubir Ahmad


Dun Ayer Hangat


Harapan: Johari Bulat


BN: Datuk Mohd Rawi Abd Hamid


Pas: Azlina Azinan


Dun Kuah


Harapan: Mohd Firdaus Ahmad


BN: Nor Saidi Nanyan


Pas: Mazlan Ahmad


Bebas: Mohamad Ratu Mansor.


Source: SH Politik

[featured-video-plus]