Sempat makan kek hari jadi

in Edisi Melaka Negeri Sembilan by


SEREMBAN – Tarikh hari penamaan calon semalam menjadi hari istimewa buat calon DAP Parlimen Seremban, Loke Siew Fook kerana ia adalah tarikh hari lahirnya yang ke-41, hari ini.


Malah, beliau sempat disuap dengan kek hari jadi oleh isterinya sebaik sampai di luar bangunan Wisma Negeri yang merupakan lokasi penamaan calon bagi kerusi yang ditandinginya.


Pada PRU14, Siew Fook yang merupakan penyandang berdepan cabaran dari calon (BN), Datuk Chong Sin Woon dan Shariffuddin Ahmad (Pas).


Ditanya berkenaan saingannya dengan Sin Woon yang merupakan Timbalan Menteri Pendidikan 2, beliau berkata, tidak kisah siapa calon yang bertanding kerana paling penting bagaimana untuk meyakinkan hati pengundi.


“Saya tak fokus pada calon kerana bagi saya sekarang pengundi adalah paling penting kerana merekalah yang akan membuat keputusan nanti.


“Saya harap pengundi di Seremban dapat terus memberi mandat kepada saya kerana jika inginkan pembaharuan dalam negara, kita perlu ada perubahan dalam politik,” katanya.


Menurutnya, memperjuangkan hak dan isu rakyat akan terus menjadi keutamaannya lebih-lebih lagi ketika ini rakyat berhadapan dengan pelbagai tekanan terutamanya berkaitan kos sara hidup.


Source: SH Edisi Melaka NS

[featured-video-plus]