Sheikh Omar terima hadiah makanan

in Edisi Johor by


KLUANG – Calon PKR N30 Paloh, Sheikh Omar Ali menerima kejutan pemberian hadiah berupa makanan tradisional dari tiga kaum semasa majlis penamaan calon, pagi tadi.


Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Majlis Pimpinan Pakatan Harapan Johor berkata, pemberian hadiah berupa makanan itu diberikan rakan, penyokong dan penduduk setempat di kawasan Dun Paloh.


Katanya, tambah menarik adalah mereka membawa makanan tersebut dengan memakai pakaian tradisi masing-masing.


“Antara makanan yang dibawa ialah ketupat, Pau dan ladu yang mana ianya menggambarkan tiga kaum iaitu Melayu, Cina dan India di kawasan Dun Paloh.


“Saya sendiri tidak sangka mereka akan bagi saya hadiah seperti itu namun saya ucapkan terima kasih di atas sokongan yang di beri kepada saya,” katanya ketika dihubungi.


Hadir sama, calon PKR Parlimen Sembrong, Onn Abu Bakar dan Dun Kahang, Noorlihan Ariffin.


Terdahulu, 200 penyokong Pakatan Harapan Parlimen Sembrong berarak mengiringi calon ke tempat penamaan calon di Dewan Orang Ramai Taman Sri Lambak.


Sheikh Omar mengemukakan kertas pencalonan jam 9.05 pagi bersama dua calon dari PKR.


Difahamkan makanan yang dihadiahkan itu memberi maksud yang tersendiri dalam kepercayaan orang Cina iaitu Kuih pau dan ketupat membawa makna mesti menang pilihan.


Ladu bawa maksud manis, daun bawang putih adalah menang pilihan raya (dalam bahasa hokkien).


Jadi, ladu dengan daun bawang putih memberi makna menang pilihan raya dengan manis.


Source: SH Edisi Johor

[featured-video-plus]