Tak gentar calon heavyweight

in Edisi Johor by


PERTEMBUNGAN antara BN, Pakatan Harapan (Harapan) dan Pas bagi merebut kerusi Dun dan Parlimen di Pasir Gudang dihangatkan lagi dengan kehadiran dua calon bebas pada PRU14 nanti.  


Dua calon berkenaan adalah bekas Pengerusi DAP Cabang Johor Bahru, Sey Jock, 70, yang bertanding untuk kerusi P.159 Parlimen Pasir Gudang dan seorang ahli perniagaan wanita, Rohani Yaacob, 34, bagi kerusi N43 Dun Permas.


Sey Jock yang bertanding melawan calon heavyweight seperti Pengerusi BN Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Pengerusi PKR Johor, Hassan Abdul Karim nyata tidak gentar memberi saingan.


Dakwanya, beliau bertanding sebagai calon bebas pada PRU14 kali ini kerana kecewa dengan dasar pilih kasih yang partinya sebelum ini.


Katnya, beliau bosan dengan pucuk pimpinan parti berkenaan.


“Saya bertanding kali ini adalah untuk buktikan kepada DAP parti itu sekarang ini hanya penuh dengan konco sahaja yang dipilih.


“Saya  dah fikirkan  sejak setahun yang lepas untuk bertanding bebas. Buat masa ini saya tiada apa yang ingin dijanjikan tapi kalau dah menang saya mahu rakyat datang dan bagitahu apa mereka perlukan saya akan bantu,” katanya kepada Sinar Harian.


Sementara itu, Rohani berkata,  Yaacob yang bertanding untuk kerusi Dun Permas berkata, beliau memilih untuk bersaing di kawasan itu kerana mahu membawa suara orang muda.


“Kalau kita tengok sekarang semua yang ada di sini adalah calon berumur dan kurang memahami nasib dihadapi orang muda ,” katanya.


Selain itu, katanya, beliau juga mahu perjuangkan nasib pekerja tempatan di kawasan berkenaan.


“Macam Pasir Gudang kita tengok industrinya semakin dimonopoli pekerja asing.


“Sudah semestinya peluang pekerjaan adalah yang saya mahu tekankan dalam kempen kali ini,” katanya.


Terdahulu, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mengesahkan kerusi Parlimen Pasir Gudang dan Dun Permas akan berdepan dengan saingan empat penjuru.


Senarai calon oleh Pegawai Pengurus Pilhanraya Pasir Gudang, Hasril Kamal Hashim di Stadium Majlis Perbandaraan Pasir Gudang (MPPG), semalam.


Calon yang bertanding bagi kerusi Parlimen Pasir Gudang ialah Mohamed Khaeled, Hassan Abdul Karim, Abdul Aziz Abdullah (Pas) dan Sey Jock (bebas).


Manakala kerusi bagi N42 Dun Jaya Jaya pula calon-calonya ialah R Kumutha (Pas), Tan Cher Puk (BN) dan Liow Cai Tung (Harapan).


Bagi Dun Permas pula, Mohamed Khaled sekali lagi bertanding menentang Ab Aziz (Pas), Datuk Seri Che Zakaria dan Rohani.


Tiada penolakan permohonan dibuat sebarang penamaan calon.


Source: SH Edisi Johor

[featured-video-plus]