Tiga penjuru di Mersing

in Politik by


MERSING – SPR mengesahkan pertembungan tiga penjuru bagi ketiga-tiga kerusi di Parlimen Mersing dan Dun.


Pegawai Pengurus SPR, Ashari Kasnan berkata, kesemua calon dari tiga parti komponen itu menghantar kertas penamaan dalam tempoh ditetapkan.


Pencalonan penyandang Parlimen Mersing, Datuk Dr Abd Latiff Ahmad yang mempertahankan kerusi itu sejak tiga penggal lalu dicabar dua calon daripada Pakatan Harapan (Harapan), Ir Md Nasir Hashim dan calon Pas, A Rahman A Hamid.


Sementara bagi Dun Tenggaroh, penyandangnya, K Raven Kumar dicabar calon Harapan, Rahamizon Abd Ghani dan calon Pas, A Rahman A Hamid.


Manakala kerusi panas di Dun Endau menyaksikan perebutan antara bekas calon Pas bagi Parlimen Mersing dalam PRU13, Roslan Nikmat bertembung dengan dua muka baharu, Alwiyah Talib (BN) dan Norul Haszarul Abu Samah (Harapan).


Sebelumnya, ketiga-tiga calon BN tiba di pekarangan pusat penamaan calon pada jam 8.50 pagi lengkap dengan busana Melayu berwarna biru.


Manakala calon dan penyokong Harapan tiba dua minit kemudian dengan persalinan merah dan biru muda.


Calon dan penyokong Pas tiba jam 9.05 pagi serba hijau sambil berselawat sepanjang jalan.

 


Source: SH Politik

[featured-video-plus]