Tiga penjuru di Tebing Tinggi

in Edisi by


IPOH – Dun Tebing Tinggi yang menjadi satu-satunya kerusi memiliki majoriti pengundi Melayu dalam kawasan Parlimen Ipoh Timur menyaksikan pertembungan tiga penjuru dari tiga parti utama.


BN diwakili Tony Khoo Boon Chuan yang merupakan Timbalan Ketua MCA Bahagian Ipoh Timur, sementara Harapan dan Pas masing-masing mempertaruhkan calon Melayu, Dr Abdul Aziz Bari dari DAP dan Mazlan Md Isa, seorang bekas pegawai bank dari Pas.


Hasil persempadanan, Dun berkenaan merekodkan 57.21 peratus daripada 26,052 pengundi adalah Melayu diikuti Cina (33.73%) dan India (8.49%).


Pada PRU13 lalu, kerusi berkenaan dimenangi DAP.


Berikut adalah senarai calon bertanding bagi semua kerusi seperti diumumkan Pegawai Pengurus, Datuk Zamri Man di pusat penamaan calon Dewan Mesyuarat Majlis Bandaraya Ipoh, jam 12.30 tengah hari tadi.


Zamri mengesahkan, tiada calon ditolak penamaannya.


P064 Ipoh Timur


BN: Kathleen Wong Mei Yin


Harapan: Wong Kah Woh


N25 Canning


BN: Liew Kar Tuan


Harapan:Jenny Choy Tsi Jen


N26 Tebing Tinggi


BN: Tony Khoo Boon Chuan


Harapan: Abdul Aziz Bari


Pas: Mazlan Md Isa (Pas)


N27 Pasir Pinji


BN: Ng Kai Cheong


Harapan:Howard Lee Chuan How


Source: SH Edisi

[featured-video-plus]