Wanita pertama bertanding di Dun Sungai Limau

in Edisi Utara by


YAN – Penamaan calon bagi kerusi Parlimen Jerai dan tiga Dun di kawasan ini menampilkan seorang wanita yang mewakili BN.


Datuk Norma Awang, akan bertanding di Dun Sungai Limau yang merupakan kubu kuat Pas milik Mohd Azam Samat.


Katanya, beliau akan bekerja keras bagi memastikan BN mampu merampas kerusi dun berkenaan pada PRU14 ini.


“Insya-ALLAH, sepanjang menjadi penyelaras Dun Sungai Limau saya dah lama bekerja untuk rakyat dan sentiasa turun padang membantu mereka yang memerlukan,” katanya.


Menurut Norma, rakyat dibantu tanpa mengira fahaman politik asalkan mereka layak untuk menerima.


“Saya sangat bersyukur kerana dicalonkan di Dun Sungai Limau kerana saya merupakan wanita pertama diberi mandat yang sebegini besar.


“Insya-ALLLAH kita akan pastikan dun Sungai Limau dimenangi BN, tak kira menang tipis atau menang banyak asalkan menang,” ujarnya.


Katanya, beliau yakin penduduk Sungai Limau telahpun membuka mata dengan kehadiran BN kerana pelbagai manfaat telah mereka terima.


“Kita dah buat kerja, sekarang masa untuk berdoa supaya ALLAH bukakan hati pengundi memilih BN,” katanya.


Tambah Norma, beliau juga berasa sangat terharu apabila Calon kerusi Parlimen Jerai Datuk Seri Jamil Khir banyak membantu dirinya sehingga dilantik sebagai calon.


Source: SH Edisi Utara

[featured-video-plus]