Ambil peluang daftar homestay

in Edisi Melaka Negeri Sembilan by


MASJID TANAH – Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC) menggesa pemilik dan pengusaha inap desa (homestay) mengambil peluang berdaftar dengan kementerian itu untuk mendapat pelbagai bantuan dan insentif.


Timbalan Menterinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin, berkata, ini bagi membolehkan kementeriannya memainkan peranan ke peringkat akar umbi bagi membantu lokasi homestay itu dari segi mempelbagaikan aktiviti pelancongan sekali gus menambahkan pendapatan sampingan penduduk terutama di kawasan perkampungan.


Menurutnya, insentif itu termasuk prasarana seperti fasiliti dewan selain, dapat mempelbagaikan lagi pengisian program yang menarik sepanjang pelancong menginap di homestay mereka.


“Di bawah kementerian ini ada program yang membantu menambahkan pendapatan sampingan masyarakat luar bandar, maksudnya ada latihan, ada kita berikan pendedahan kepada peserta homestay macam mana nak buat laman sesawang, nak buat promosi dan apa bentuk-bentuk pakej yang boleh dijual.


“Itu yang kita bantu peserta dari segi kemahiran dan insentif pula lebih kepada kemudahan prasarana,” katanya.


Mas Ermieyati berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Pecah Tanah Dewan Terbuka Homestay Kampung Paya Lebar di sini, tadi.  




 


Source: SH Edisi Melaka NS

[featured-video-plus]