Calon PKR Parlimen Pengerang lapor polis isu tular muflis

in Edisi Johor by


KOTA TINGGI – Calon PKR kerusi Parlimen Pengerang, Norliza Ngadiran membuat laporan polis selepas tular di laman Facebook mendakwa dirinya bakal muflis.


Ketua Srikandi Bersatu Johor itu memaklumkan dia telah membuat laporan di Balai Polis Penawar jam 1 tengah hari tadi.


Norliza turut menafikan perkara berkenaan dan enggan mengulas lebih lanjut.


Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Ahsmon Bajah mengesahkan menerima laporan polis terbabit.


Terdahulu, menerusi kenyataan di Facebook menyiarkan Bersatu Bahagian Pengerang bukan menolak Norliza hanya kerana dia menetap di Pontian.


Sebaliknya dalam muat naik itu turut mendakwa mereka membantah kerana Norliza seorang yang akan bankrap tidak lama lagi setelah diarahkan oleh mahkamah untuk membayar lebih RM400,000 kepada beberapa pihak termasuk bank.


Source: SH Edisi Johor

[featured-video-plus]