‘Dah daftar calon, tak risau dah nak naik pesawat’

in Politik by


LANGKAWI – Calon Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan rasa lega apabila proses penamaan calonnya dapat berjalan lancar seperti dirancang meskipun wujud unsur sabotaj terhadap pesawat dinaikinya.


Petang ini, Mahathir akan berlepas pulang ke Kuala Lumpur bagi melengkapkan siri jelajah kempen PRU14 selaku Pengerusi Pakatan Harapan (Harapan) dan Pengerusi Bersatu.


Ketika ditanya adakah beliau bimbang dengan pesawat yang bakal bakal dinaikinya, Mahathir berkata, perjalanan pulang ini tidak menggunakan kapal terbang sewa lagi.


“Kali ni kita tak pakai kapal terbang sewa, kita ada kapal terbang nak balik.


“Tak ada apa (kerisauan), masa nak daftar penamaan calon saja, jadi masalah,” katanya ketika ditemui di Pasar Awam Kuah, pagi ini.


Dalam siri jelajah bertemu pengundi di Langkawi, Mahathir senang dengan sambutan yang amat baik daripada rakyat di pulau bebas cukai itu.


“Saya pergi ke kawasan orang Cina dan Melayu, saya dapati di kedua-dua tempat sambutan amat baik mereka menjerit pakatan harapan.


“Sokongan itu buat saya yakin mereka ini akan pangkah beramai-ramai untuk undi Harapan.Bahkan saya harap BN dan bulan (Pas)tak dapat sokongan sama sekali, kerana mereka tidak lagi dibenarkan memerintah negara kita ini,” katanya.


Mahathir mendakwa, mengundi Pas bermakna memilih BN.


“Bulan adalah BN kerana apabila dia masuk (bertanding) bukan pasal nak menang.


“Pas masuk supaya nak kacau supaya undi kepada Harapan dapat dkurangkan,” ujarnya.


Beliau mengharapkan dapat memperoleh majoriti lebih 8,000 undi di Langkawi.


“Majoriti 8,000 undi itu kita punya sasaran, tapi bergantung orang ramai untuk memilih,” katanya.


Kunjungan Mahathir di Pasar Awam Kuah, Medan Selera Cina dan restoran mamak disambut meriah, kebanyakn rakyat Langkawi tanpa  mengira bangsa, agama dan lapisan umur mengambil kesempatan berswafoto dan berrbual mesra dengan bekas Perdana Menteri itu.


Source: SH Politik

[featured-video-plus]