Gembira bertukar tragedi

in Hiburan by
As’ad Motawh. – Foto Instagram As’ad Motawh

Gembira bertukar tragedi


PENYANYI sedang meningkat naik, As’ad Motawh berkongsi peristiwa yang dianggap melucukan semasa malam pertunjukan fesyen Primavalet di Hotel Majestic Kuala Lumpur baru-baru ini.


Ini berikutan insiden dia terjatuh di pentas runaway semasa memperagakan baju Melayu berwarna merah.


Menerusi video yang turut disertakan di akaun Instgram miliknya, penyanyi lagu Senyum ini kelihatan gembira dan teruja meniru tarian viral, Green Alien Dance dan terpelecok serta terjatuh.


Kejadian itu juga membuatkan barisan selebriti lain seperti Nabila Razali, Farah Nabilah, Amyra Rosli dan Elfira Loy tergamam.


Bagaimanapun Alif Satar diberikan gelaran hero oleh sesetengah peminat apabila menjadi rakan artis pertama yang meluru membantu As’ad untuk bangun dan memapahnya untuk duduk semula di kerusinya di tepi pentas.


“This was so funny. Thank you Alif Satar for being such a nice person!” tulis As’ad.


Source: SH Hiburan 1

[featured-video-plus]