Kesal bendera BN dicabut

in Edisi by


TUMPAT – Kira-kira 40 bendera dan gegantung parti BN yang dipasang sekitar jalan baru Pasir Pekan dicabut pihak tidak bertanggungjawab.


Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Mukim Pasir Pekan, Wan Zahari Wan Othman berkata, beliau kesal dengan provokasi melampau itu kerana ia bukan pertama kali berlaku.


“Saya hanya sedar perkara ini pagi tadi selepas menerima mesej daripada seseorang mengatakan bendera BN berselerakan di tepi jalan di tiga lokasi berdekatan termasuk di terowong bawah jambatan Sultan Yahya Petra.


“Saya terus datang ke lokasi dan memang benar bendera BN dicabut. Beberapa hari lalu sudah ada kes bendera BN dicabut tetapi sedikit sahaja, tapi hari ni makin menjadi-jadi pula,” katanya.


Menurutnya, dia sudah membuat laporan di Balai Polis Wakaf Bharu untuk tindakan lanjut.


Katanya, perbuatan tidak bertanggungjawab itu boleh mencetuskan kemarahan penyokong BN kerana ia baru dipasang beberapa hari lalu.


“Ini persaingan tidak sihat, kenapa bendera BN dicabut? Saya harap semua penyokong parti berkempen dengan harmoni.


“Jangan melakukan provokasi melampau sepanjang hari berkempen ini,” katanya.


Source: SH Edisi Kelantan

[featured-video-plus]