Penduduk Kampung Bukit Bayan mahukan perubahan

in Edisi Melaka Negeri Sembilan by


HANG TUAH JAYA – Penduduk dalam kalangan golongan orang muda di Kampung Bukit Bayan di sini mahukan perubahan di kawasan mereka apabila masing-masing menyatakan sokongan terhadap calon yang boleh mendatang kemajuan pada PRU14.


Seorang peniaga air, Muhammad Hanafi Othman, 23, berkata, dia berasa kesal dengan sikap wakil rakyat sebelum ini yang didakwa gagal dalam membangunkan kawasan di Parlimen Hang Tuah Jaya.


“Saya terasa seperti kami sudah membazirkan lima tahun di sini kerana tiada sebarang perubahan yang dibawa oleh wakil rakyat sebelum ini. Sementara itu, seorang peniaga kedai makanan, Shahrizam Md Shah, 40, pula mengakui dia sebelum ini menyokong pembangkang tetapi akhirnya terpaksa reda dengan tindakan pembangkang yang tidak membantu penduduk kawasan berkenaan.


“Saya pernah ada kes sebelum ini, terdapat satu kejadian dan saya membuat aduan kepada wakil rakyat tapi mereka hanya datang melihat keadaan kemudian hilang tanpa khabar. “Sekurang-kurangnya kita dapat lihat Tan Sri Mohd Ali Rustam tetap bekerja keras walaupun beliau kalah kerana tidak putus-putus dalam membantu masyarakat setempat,” katanya.


Pada PRU13 lalu, calon PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin memenangi kerusi Parlimen Bukit Katil yang kini kenali sebagai Hang Tuah Jaya dengan majoriti 5,447 undi.


Source: SH Edisi Melaka NS

[featured-video-plus]