Pyongyang tutup tapak uji nuklear Mei ini

in Global by


SEOUL – KOREA SELATAN. Seoul, hari ini memaklumkan pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un merancang untuk menutup tapak ujian nuklear negara itu pada bulan depan.


Jurucakap presiden di Seoul, Yoon Young-chan berkata, Jong-un menyuarakan perkara itu ketika sidang kemuncak bersejarah bersama Moon Jae-in di Zon Bebas Tentera (DMZ) di Panmunjom pada Jumaat lalu.


Beliau bersedia untuk mendedahkan proses itu kepada pakar dan wartawan dari Amerika Syarikat dan Korea Selatan.


“Pyongyang juga mahu menyesuaikan semula zon masa sama dengan waktu Seoul,” ujarnya.


Pada 2015, Korea Utara mereka ‘waktu Pyongyang’ dengan menetapkan masa 30 minit lewat daripada Seoul. – AP


Source: SH Global

[featured-video-plus]