10 PRU 10 calon

in Uncategorized by


TELUK INTAN – Tindakan pembangkang terutama sekali DAP yang sering bertukar calon bagi merebut kerusi Parlimen Teluk Intan setiap kali PRU menunjukkan tujuan sebenar mereka untuk memenangi kerusi-kerusi yang ditanding.


Calon BN Parlimen Teluk Intan, Datuk Seri Mah Siew Keong berkata, lebih pelik apabila mereka mendakwa beliau akan lari dari bertanding di Teluk Intan sebelum ini dan ternyata ia tidak benar kerana beliau masih bertanding di Parlimen Teluk Intan.


“Banyak cakap pada PRU 2014 saya kalah lebih 7,000 undi dan sebagai Presiden Gerakan saya akan lari, tetapi mana mungkin jika PRU13 kalah saya tak lari dan menang PRK 2014 lalu lari kerana takut kalah PRU14.


“Tetapi DAP sudah 10 penggal mereka tampilkan 10 calon tak sama, yang menang lari yang kalah juga lari dan ini menunjukkan keikhlasan terhadap komitmen mereka di Teluk Intan sama ada benar-benar hendak tolong rakyat,” katanya kepada pemberita selepas hadir pada Majlis Mesra Bersama Yayasan Pesara Kerajaan di Taman Seri Setia, semalam.


Beliau berkata, selain bertukar calon, DAP juga mengamalkan kempen tidak sihat dengan membawa budaya samseng serta memaki hamun setiap kali berjumpa rakyat Teluk Intan.


“PRU adalah demokrasi dan kita perlu memilih satu calon yang boleh tolong kawasan kita bukan calon yang membawa berita palsu, memaki hamun kerana ia bukan budaya kita.


“Tidak cukup lagi tiap lima tahun orang luar datang Teluk Intan cakap nak buat transformasi tetapi cuba banding apa yang dibuat mereka dengan yang saya lakukan selepas memenangi PRK 2014 untuk rakyat di sini,” katanya.


Siew Keong turut menyelar tindakan pembangkang yang didakwa mencabut bendera BN yang dipasang di beberapa kawasan dalam parlimen ini sebagai tindakan tidak profesional.


“PRU kali ini berbeza kerana mereka membawa budaya tidak sihat seperti memaki hamun, mencabut bendera kerana boleh menyebabkan berlakunya pergaduhan antara penyokong parti,” katanya.


Source: SH Edisi Perak

[featured-video-plus]