1,000 kenderaan tawar khidmat bawa pengundi Titiwangsa

in Politik by


KUALA LUMPUR – Sekurang-kurangnya 1,000 kenderaan dengan pelekat BN Titiwangsa akan digerakkan pada hari pengundian 9 Mei ini untuk khidmat penghantaran pengundi ke pusat mengundi seluruh Parlimen itu.


Calon BN Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, inisiatif itu digerakkan badan sukarelawan yang menawarkan khidmat mereka demi memastikan 61,000 pengundi Titiwangsa melaksanakan tanggungjawab.


“Kenderaan seperti ‘uber’ atau ‘grab’…ada pelekat BN. Pengundi boleh tahan dan gunakan khidmat kenderaan ini untuk ke pusat-pusat mengundi.


“Pada penggal lalu, khidmat seumpama ini juga telah digerakkan namun kali ini ia akan bergerak terus pergi ke rumah-rumah pengundi


“Ini penting kerana pengundi ada hak untuk pilih siapa wakil rakyat yang mereka mahu,”katanya.


Pada PRU13, seramai 4,000 pengundi Titiwangsa dikenal pasti gagal keluar mengundi menjadi antara faktor kemenangan tipis BN dengan majoriti 866 di Parlimen itu.


Johari menegaskan, soal pemilihan wakil rakyat tidak boleh diambil mudah kerana kuasa memilih adalah rakyat.


“Saya mahu pastikan setiap mereka yang tidak keluar mengundi ini dapat melaksanakan amanah dan tanggungjawab memilih wakil rakyat mereka,”katanya.


Source: SH Politik

[featured-video-plus]