11 kanak-kanak maut letupan bunuh diri di Afghanistan

in Global by


KANDAHAR – AFHGHANISTAN. Sekurang-kurangnya 11 kanak-kanak maut dalam satu letupan bunuh diri yang menyasarkan konvoi tentera asing di selatan Afghanistan, hari ini.


Jurucakap polis wilayah, Qasim Afgha memberitahu media tempatan sekurang-kurangnya 16 orang cedera dalam insiden yang menggegarkan wilayah selatan Kandahar.


Tiada pihak tampil mengaku melancarkan serangan.


Sebelum itu, 21 terbunuh apabila dua letupan bunuh diri menggegar ibu kota Afghanistan.


Antara yang maut termasuk ketua jurugambar agensi berita Agence France-Presse (AFP), Shah Malai dan tiga lagi wartawan. – AFP


Source: SH Global

[featured-video-plus]