Amzad tekad pertahan kerusi Pas

in Edisi Terengganu by


KUALA TERENGGANU – Calon Pas di Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim yakin dapat mempertahankan kerusi Pas di Parlimen itu pada PRU14.


Beliau yang pertama kali dicalonkan pada awalnya menyangka akan dicalonkan di kerusi Dun namun ternyata diberi kepercayaan oleh kepimpinan  parti bagi menggalas tanggungjawab mempertahankan kerusi Pas di Parlimen Kuala Terengganu.


“Dalam Pas kami tak berebut jadi calon sebaliknya masing-masing pakat minta utamakan rakan lain.  


“Sebagai yang kali pertama masuk bertanding, saya sangka jika pun tersenarai, untuk permulaan, cukuplah pada tahap yang lebih rendah dulu, di peringkat Dun.


“Sebaliknya saya terus diminta bertanding di Parlimen. Jika menang, dengan izin ALLAH akan saya bergandingan dengan sahabat-sahabat berjuang sehabis baik mengiringi Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Parlimen untuk membuktikan keupayaan kami menyumbang untuk Malaysia yang sejahtera,” katanya.


Menurutnya, di P036 Kuala Terengganu, bilangan rakyat yang mengundi adalah ramai dan jumlah bilangan pengundinya antara yang paling ramai di seluruh negara iaitu sekitar 103,000 pengundi.


“Dengan kepelbagaian bangsa, agama dan taraf sosial ,dengan ciri masyarakat pinggiran bandar yang punya tahap pendidikan dan pemahaman isu semasa yang agak baik jangkaan rakyat adalah tinggi,” katanya.


Source: SH Edisi Terengganu

[featured-video-plus]