Asyraf kesal dituduh peluk perempuan bukan mahram

in Edisi by


PASIR PUTEH – Calon Parlimen Pasir Puteh, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki kesal dengan tuduhan liar mengatakan beliau memeluk perempuan bukan mahram ketika hari penamaan calon pru14, pada Sabtu lalu.


Katanya, belai percaya  tuduhan berunsur fitnah itu yang  tular di media sosial dilakukan dengan niat menjatuhkan imej beliau sebagai calon.


“Saya tegaskan, wanita  yang saya peluk itu adalah ibu saya sendiri disusuli kakak-kakak dan adik-adik saya yang sanggup balik Kelantan untuk menzahirkan sokongan kepada saya,” katanya.


Menurutnya, sokongan moral keluarga memberi kekuatan kepadanya untuk bertanding dalam PRU14.


Asyraf Wajdi ialah calon BN di kawasan Parlimen Pasir Puteh bagi PRU14 pada 9 Mei ini.


Source: SH Edisi Kelantan

[featured-video-plus]