Barcelona juara La Liga

in Sukan by


BARCELONA dimahkotakan juara La Liga buat kali ke-25 selepas mengatasi Deportivo La Coruna 4-2 awal pagi tadi.


Barca hanya memerlukan satu mata untuk mengesahkan kejuaraan ketujuh mereka dalam tempoh 10 tahun sambil Deportivo La Coruna tersingkir daripada saingan di peringkat tertinggi.


Skuad Catalan itu mendominasi carta saingan Sepanyol itu musim ini dengan menyempurnakan tugasan mereka dengan baki empat perlawanan lagi hasil gol sumbangan Philippe Coutinho dan hatrik oleh Lionel Messi di Riazor.


Kejayaan itu menyusul selepas mereka dinobatkan juara Copa Del Rey minggu lalu sebagai buah tangan pada musim pertama di bawah kendalian Ernesto Valverde.


Barca yang masih belum kalah kini mengumpul 86 mata daripada 34 perlawanan, 11 mata di depan pasukan tangga kedua, Atletico Madrid.


“Kami lebih handal daripada seteru-seteru kami.


“Kami tidak tewas dalam sebarang perlawanan, kecuali sekali dalam Copa del Rey dan malang sekali, Liga Juara-Juara, kerana kami tidak menduganya berlaku memandangkan bekalan yang kami bawa.


“Kebenarannya, kejayaan ini memiliki merit yang tinggi. Ia sangat sukar,” kata Messi


Source: SH Sukan

[featured-video-plus]