Cabar calon lawan isytihar harta

in Edisi by


KUANTAN  – Penyandang Dun Semambu, Lee Chean Chung dari PKR bukan saja mengisytiharkan hartanya sempena PRU14, malah turut mencabar lawannya, Quek Tai Seong (BN) dan Mohd Yusof Hashim (Pas) berbuat perkara sama.


Chean Chung berkata, perkara itu perlu dilakukan mereka setiap tahun secara berkala selagi mereka menjadi wakil rakyat.


Menurutnya, pengisytiharan harta perlu diwajibkan dalam usaha mewujudkan budaya politik lebih telus dan berintegriti.


“Selain itu, saya juga memperjuangkan agar ia diwajibkan kepada semua calon PKR. Malah, saya juga berjanji akan isytihar harta jika saya menang kali ini,” katanya pada sidang media di Bilik Gerakan Utama PKR, di sini, hari ini.


Chean Chung berkata, tindakannya mengisytiharkan harta dilakukan 30 September lalu dan merupakan salah satu terkandung dalam aku janjinya.


“Ini adalah kali pertama saya isytihar harta dan saya akan teruskan jika terus di beri mandat di Semambu,” katanya.


Source: SH Edisi

[featured-video-plus]