Calon anak jati mahu majukan Tokai

in Politik by


PENDANG – Bertanding di kubu kuat Pas bukan satu ancaman buat calon BN bagi Dun Tokai, Ahmad Fatahi Omar malah ia dianggap sebagai pemangkin semangat untuk terus berkempen bagi memenangi hati pengundi.


Ahmad Fatahi berkata, pihaknya tidak menghadapi sebarang masalah sepanjang dua hari berkempen di Dun Tokai malah mendapat penerimaan positif daripada penduduk.


Katanya, dia merupakan anak jati Dun Tokai yang membesar dan menetap di kawasan berkenaan.


“Kebanyakan penduduk sudah mengenali saya dan tiada masalah untuk mendekati pengundi di Dun Tokai ini,” katanya.


“Ini adalah kampung saya dan jiwa saya, sebahagian daripada penduduk di sini juga adalah saudara mara saya dan saya tahu isi hati dan naluri serta kehendak mereka.


“Sejak kecil saya dapat lihat cara kawasan Pendang ini dimajukan oleh BN dan tidak dinafikan bahawa BN telah banyak membawa perubahan di Pendang,” ujarnya ketika ditemui di Kampung Charuk Kudung, hari ini.


Ahmad Fatahi berkata, Dun Tokai bagaimanapun masih ketinggalan.


“Jadi saya selaku anak tempatan berasakan inilah masanya untuk saya lakukan sesuatu bagi memberi kemajuan di tempat kelahiran saya.


“Kita mahukan kawasan ini dapat dimajukan seperti kawasan lain yang telah dimajukan oleh kerajaan BN selain memberi perhatian yang khusus kepada pembangunan ekonomi masyarakat setempat,” katanya.


Source: SH Politik

[featured-video-plus]