DAP agresif guna Tun M

in Politik by


KOTA BHARU – DAP semakin agresif menggunakan Tun Mahathir bagi merealisasikan agendanya yang terkenal dengan dasar anti Melayu.


Bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Datuk Seri Prof Dr Mohammad Fairus Khairudin berkata, diantara bukti jelas yang dilakukan parti itu ialah kesanggupan mereka mengorbankan logo roket dan menggunakan logo PKR dalam PRU14 kali ini.


“Mereka tahu dalam keadaan sekarang ini kekuatan pembangkang sendiri makin rapuh. DAP yang konsisten dengan prinsip anti melayu dan islam sedia mengorbankan logonya yang selama ini dia pertahankan, cukup bangga.


“Itu tentunya beri isyarat lain, kalau ditafsirkan isyarat itu, mereka sebenarnya makin sukar untuk menguasai pengundi melayu, mereka dah cuba banyak dengan Anwar Ibrahim dan kalangan lain.


“DAP melihat ini peluang untuk menggunakan Tun M bagi memecahkan undi melayu dan dokongan melayu, walaupun pembangkang sebut berlakunya tsunami melayu,”katanya kepada media selepas menyampaikan ceramah di Kok Lanas semalam.


Beliau turun padang bersama calon BN Kok Lanas, Datuk Md Alwi Che Ahmad dan menyampaikan ceramah di depan lebih 300 hadirin disini.


Menurutnya, DAP tahu ini adalah saat strategik untuk mereka  menangguh air yang keruh,  dan berusaha menggunakan peluang ini sebaik-baiknya.


Bagaimanapun, beliau tetap optimis dan yakin pengundi tidak menggunakan pemikiran yang singkat dan laporan-laporan sebelum ini telah membuktikan semuanya.


“Tentunya kita secara peribadi, kita amat sedih apabila Tun M akhirnya menjadi orang yang khianat agama dan bangsa. Mungkin ini antara makburnya doa arwah Ustaz Fadil Noor  untuk pemimpin itu bagi melihat kesan dosanya sendiri berlaku sekarang ini.


“Dia sendiri memilih jalan khianat, menjadi hipokrit terhadap apa yang beliau sampaikan dulu kepada rakyat dan segala perkara yang beliau tegah kepada rakyat. Kita tidak memilih manusia atau parti tidak berprinsip, negara memerlukan kestabilan,“katanya.


Source: SH Politik

[featured-video-plus]