Empat ceramah diarah henti kerana tiada permit

in Edisi by


KOTA BHARU – Empat daripada 30 ceramah diarah henti serta merta selepas gagal mengemukakan permit sepanjang tiga hari tempoh berkempen sempena PRU14 di negeri ini.


Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hasan berkata, empat ceramah tersebut membabitkan tiga di Kuala Krai dan satu di Pasir Mas diberi arahan berhenti kerana didakwa menyalahi Seksyen 24B(3) Akta Kesalahan Pilihanraya 1954.


“Sehubungan itu, saya ingatkan kepada semua calon yang bertanding supaya memohon permit untuk mengadakan ceramah.


“Lokasi ceramah juga perlu diambil kira agar tidak mengganggu penduduk atau orang awam sekiranya hadirin yang akan hadir itu ramai atau melebihi 1,000 orang,” katanya.


Source: SH Edisi Kelantan

[featured-video-plus]