Komitmen kesaksamaan gender

in Bisnes by


BERSEMPENA dengan Hari Buruh, Standard Chartered Bank telah mengumumkan komitmennya terhadap kesaksamaan gender melalui satu inisiatif bertujuan merapatkan jurang gaji antara gender.


Menerusi pendedahan Laporan Jurang Antara Gender, Bank telah berjanji untuk mempunyai 30 peratus perwakilan wanita yang berperanan dalam barisan kepimpinan kanan menjelang 2020 di seluruh dunia. Untuk mencapai matlamat ini, Bank telah melancarkan Rangkaian Wanita Global dan komited kepada dasar serta proses yang adil termasuk Piagam Adil Bertanggungjawab.


Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Standard Chartered Bank Malaysia, Abrar Anwar berkata, Bank komited kepada budaya di mana semua rakan sekerja berasa dihargai dan boleh menyumbang terbaik.


“Piagam Adil Bertanggungjawab yang pertama seumpamanya ini telah menetapkan prinsip yang mana salah satunya adalah komitmen berterusan Bank memberi ganjaran kepada orang ramai dengan cara yang bebas daripada sebarang bentuk diskriminasi, termasuk berdasarkan jantina.


“Gaji yang saksama harus difahami di mana saraan terhadap seluruh lembaga adalah konsisten, iaitu tiada diskriminasi terhadap bagaimana pembayaran gaji dihitung. Visi kami adalah untuk mewujudkan budaya penglibatan di mana bakat dan individualiti dihargai dan dihormati, dan setiap orang diberi peluang untuk cemerlang dan berkembang,” katanya.


Pada masa ini, hampir 60 peratus daripada jumlah pekerja Bank di Malaysia adalah wanita; jawatankuasa eksekutif juga mempunyai perwakilan wanita yang kukuh iaitu 42 peratus.


 


Source: SH Bisnes

[featured-video-plus]