Masalah 15 tahun selesai

in Uncategorized by


TELUK INTAN – Lebih 2,000 penduduk di Kampung Bahagia menarik nafas lega apabila masalah banjir kilat yang terjadi sejak 15 tahun lalu berjaya diselesaikan kerajaan BN.


Ketua Kampung, Kampung Bahagia, Khairul Hisyam Adnan berkata, masalah banjir kilat yang sering melanda di lebih 20 lorong dalam Kampung Bahagia merupakan antara isu utama yang sering dibangkitkan oleh penduduk.


“Masalah ini bermula sejak 15 tahun dahulu dan ia menjadi lebih teruk sejak lima tahun lalu apabila Taman Ceria siap dibina hingga menyebabkan air naik hingga paras lutut bila berlaku hujan lebat.


“Perkara ini menyebabkan ramai penduduk mengalami kerugian selain berhadapan kerisauan setiap kali hujan lebat kerana banjir pasti berlaku,” katanya selepas ditemui pada Majlis Perasmian Projek Membaikpulih dan Menaiktaraf Sistem Perparitan di Kampung Bahagia, di sini, hari ini.


Menurut Khairul Hisyam, keprihatinan kerajaan BN melalui dua wakil rakyat mereka iaitu Calon Parlimen Teluk Intan, Datuk Seri Mah Siew Keong dan Calon Dun Changkat Jong, Datuk Mohd Azhar Jamaluddin menyebabkan nasib penduduk Kampung Bahagia dibela.


“Alhamdulillah bila siap sahaja projek baik pulih sistem perparitan di Kampung Bahagia ini ramai penduduk menarik nafas lega kerana tidak perlu berhadapan masalah banjir ini.


“Terima kasih kami ucapkan kepada kerajaan BN melalui Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, Datuk Seri Mah, dan Datuk Azhar mengutamakan kami penduduk Kampung Bahagia,” katanya.

Asiah


Sementara itu, penduduk, Asiah Mat, 65, dari Lorong Estet Kampung Bahagia melahirkan rasa bersyukur dan terima kasih atas keprihatinan kerajaan BN menyelesaikan masalah yang dihadapi mereka.


“Bulan 12 tahun lepas mak cik tengok ada kelubung dengan backhoe di sepanjang jalan utama, lalu bertanya pada pekerja dan mereka cakap nak buat parit baru supaya tak banjir dah.


“Masa tu mak cik gembira bersyukur pada ALLAH kerana akhirnya tak perlu lagi hadap air bergenang depan rumah setiap kali hujan lebat dan terima kasih kepada wakil rakyat yang membantu,” katanya.

Atikah


Bagi anak muda, Atikah Baharudin, 24, dari Lorong 6A, Kampung Bahagia, pelbagai pembangunan di bawa kerajaan BN demi keselesaan penduduk dan ia bukanlah janji kosong.


“Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampung Bahagia adalah contohnya yang mana memudahkan pelajar tak perlu sekolah jauh lagi dan sistem perparitan juga sudah siap tiada lagi banjir setiap kali hujan.


“Saya sebagai anak muda rasa bersyukur menikmati pembangunan yang di bawa oleh Datuk Seri Mah dan Datuk Azhar buat kami dan sangat berterima kasih atas keprihatinan mereka,” katanya.


Source: SH Edisi Perak

[featured-video-plus]