Naza Kia, MBF Automobile meterai MoU

in Bisnes by


PENGEDAR rasmi kenderaan Kia, Naza Kia Malaysia menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama MBf Automobile Sdn Bhd (MBf Automobile) di Malaysia Autoshow 2018 di Taman Ekspo Agro Malaysia Serdang (MAEPS) di Serdang, Selangor baru-baru ini.


MBf Automobile telah dilantik menjadi wakil pengedar terbaharu bagi Naza Kia Malaysia bagi mengedarkan kenderaan jenama Kia di Malaysia.  


Majlis menandatangani MoU tersebut telah disempurnakan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Automotif Naza Corporation Holdings, Datuk Samson An:and George dan Pengurus Besar Kumpulan MBf Automobile Sdn Bhd, Daniel Choo.


Samson berkata, pihaknya amat berterima kasih atas sokongan yang besar dari peniaga kami sejak beberapa dekad yang lalu dan kami mengalu-alukan MBf Automobile Sdn Bhd ke rangkaian wakil pengedar sedia ada kami.


“Pengedaran ini memberi jaminan kepada kami tentang kehadiran Kia yang semakin meningkat di Malaysia dan keyakinan bahawa peniaga seperti MBf Automobile Sdn Bhd mampu memberi nilai tambah kepada kami,” katanya pada Majlis MoU antara Naza Kia Malaysia dan MBf Automobile Sdn Bhd di Malaysia Autoshow 2018 di Taman Ekspo Agro Malaysia Serdang (MAEPS).


Dengan termeterainya perjanjian itu, MBf Automobile bakal menyediakan pusat pameran Kia yang pertama mengintegrasikan imej korporat jenama Korea itu yang dinamakan Kia Concept Store.


Pusat 3S itu akan dibuka di Menara MBf dengan jumlah pelaburan dicatatkan sebanyak RM5 juta itu dijangka siap menjelang pertengahan 2019.


Selain itu, MBf Automobile juga bakal mengambil alih pusat pameran Kia yang terletak di Jalan Maarof, Bangsar dan menukarkannya menjadi Kia City Concept Store.


Pusat ini dijangka beroperasi pada suku ketiga 2018 dengan jumlah kos transformasi mencecah RM1.5 juta.


Menurut Samson, pada tahun ini, kami (Kia) akan menumpukan pelaburan dengan meluaskan lagi rangkaian pengedar di seluruh negara dengan tambahan lima pusat pameran baharu bagi memberikan pengalaman pembelian yang berkesan kepada pelanggan.


Naza Kia Malaysia kini mempunyai 51 pusat jualan dan perkhidmatan di negara ini.


Source: SH Bisnes

[featured-video-plus]