'Pada mereka saya ibarat orang tempatan'

in Edisi by


KUALA ROMPIN – Biar pun bukan berasal dari Rompin namun tempoh hampir 30 tahun bermastautin di daerah ini sudah cukup menjadikannya sangat dekat masyarakat tempatan.


Keyakinan itu dizahirkan calon Pas Dun Tioman, Md Yunus Ramli, yang yakin dengan penerimaan pengundi Dun Tioman terhadap dirinya.


Menurutnya, semua kampung yang telah dikunjunginya dalam misi kempen, penduduk menerima baik kehadirannya dan tiada timbul sebarang masalah.


“Saya tiada masalah mendekati pengundi Dun Tioman dan pada mereka saya ibarat orang tempatan.


“Semua orang mahukan perubahan dan saya gesa mereka berubah dengan memilih untuk menukar pemerintah,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.


Bukan daripada kalangan calon Pas yang memiliki latar belakang agama, Md Yunus tidak merasakan itu suatu kekurangan.


Sebaliknya beliau yakin dengan penerimaan masyarakat berbilang bangsa dan agama yang ada di daerah ini.


“Dalam Dun Tioman kita campur dengan semua golongan dan diterima pelbagai pihak termasuk pemuda serta peringkat pertengahan.


“Pada saya penerimaan oleh masyarakat ini lebih penting kerana yang akan memilih sewaktu hari pembuangan undi nanti,” katanya.


Source: SH Edisi

[featured-video-plus]