Pas mahu ambil alih Kedah

in Edisi Utara by


SUNGAI PETANI – Pas yakin mampu menakluk kerusi Parlimen Merbok sekali gus mentadbir semula Kedah.


Keyakinan itu disuarakan calon Pas bagi Parlimen Merbok, Ahmad Fauzi Ramli yang juga Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Kawasan Merbok dan Ketua Lajnah Ekonomi Pas Merbok.


Menurutnya, beliau yakin Pas mampu meraih sokongan rakyat berdasarkan kepada gelombang perubahan yang sedang berlaku dalam arena politik negara.


“Kalau ALLAH SWT izin, kita nak ambil balik Kedah.


“Kita mahukan pemimpin yang boleh urus tadbir dengan baik dan mempunyai latar belakang agama yang baik.


“Walau siapa pun yang bertanding, kita yakin rakyat kini bijak memilih dan mahukan pembaharuan,” katanya.


Ahmad Fauzi berkata, Pas yakin sekiranya mendapat mandat daripada rakyat, mereka akan mengambil alih tampuk pemerintahan dan mengulangi kejayaan mentadbir Kedah sepertimana zaman kegemilangan Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak.


“Kita yakin Pas mampu terajui Kedah sekiranya diberi izin ALLAH SWT,” katanya.


Beliau yang berpengalaman selama 25 tahun sebagai guru dilihat mempunyai pengaruh yang cukup besar.


Source: SH Edisi Utara

[featured-video-plus]