Perang belum berakhir – Ribery

in Sukan by


KALAH dalam bertarung, namun perang belum berakhir.”


Itu peringatan Franck Ribery menjelang pertemuan Bayern Munich dengan Real Madrid pada aksi separuh akhir kedua Liga Juara-Juara awal pagi Rabu.


Bayern perlu bermati-matian di Santiago Bernabeu selepas mensia-siakan banyak peluang ketika tewas 1-2 di Munich minggu lalu.


Pemain berusia 35 tahun itu berkata, dia dan rakan sepasukannya berjanji akan mengubah keputusan perlawanan tersebut dan membuatkan skuad bimbingan Zinedine Zidane gigit jari.


Namun dia akui Bayern perlu lebih garang di depan gawang jika mahu mencetus kebangkitan.


“Kami akan merebut segenap peluang di Madrid.


“Kami akan berikan segala-galanya yang kami ada,” katanya.


Source: SH Sukan

[featured-video-plus]