Taat agama, Mohamed Salah sangat istimewa: Mufti

in Nasional by


BAGI Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, ada sesuatu yang istimewa pada bintang Liverpool, Mohamed Salah Ghaly.


Jelasnya, pada mulanya, beliau menganggap Salah, hanya sebagaimana pemain Muslim lain dalam English Premier League seperti Paul Labile Pogba, Ismail Bennacer, Mesut Özil, Granit Xhaka dan lain-lain.


“Namun, lirik lagu I”ll be Muslim Too yang dinyanyi penyokong Liverpool untuk Mohamed Salah menyebabkan saya semakin tertarik untuk mendekati beliau,” katanya menerusi perkongsian di Facebooknya.


Katanya, kejayaan demi kejayaan dirangkulnya jika dilihat daripada perspektif  lebih luas, bukan sahaja kerana kelincahan beliau tetapi juga adalah kerana sikap beliau yang begitu menjaga solat dan hubungannya dengan ALLAH.


“Melihat kepada latarbelakang hidupnya, benarlah disiplin solat telah berjaya mengubah hidupnya menjadi apa yang anda lihat hari ini,” katanya lagi.


Dalam pada itu menurutnya, beliau yakin, dengan ledakan 43 gol dalam semua perlawanan bersama Reds musim ini, Salah akan pergi lebih jauh dan cemerlang dengan sikapnya yang memelihara hak ALLAH sebagai Tuhan dan tuntutan beliau sebagai hamba-NYA.


“Yakinlah, kejayaan yang hakiki jua bersama dengan hamba-hamba-NYA yang memelihara solat.


“Sebenarnya, itulah juga ingin disampaikan oleh Salah kepada semua penyokong Liverpool yang beragama Islam; kita akan berjaya dengan mengutamakan-Nya dalam semua perkara. Solatlah walau di mana jua kita berada,” katanya.


Mohamed Salah Ghaly merupakan pemain bola sepak kelahiran Mesir, beliau bermain dengan aksi cemerlang bersama pasukan kebangsaan Mesir pada usia yang muda.


Beliau memasuki kejohanan Piala Dunia B-20 FIFA 2011 dan Sukan Olimpik Musim Panas 2012.


Beliau juga memenangi Piala Super Swiss dalam musim pertamanya bersama kelab sensasi Switzerland, Basel dan dianugerahkan sebagai Pemain Bakat Harapan Terbaik CAF pada tahun 2012.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]