Trump wajar dianugerah Hadiah Nobel Keamanan

in Global by


SEOUL – KOREA SELATAN. Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in berkata, Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump layak dianugerahkan Hadiah Nobel Keamanan.


Menurutnya, ia atas usaha beliau menamatkan permusuhan dengan Korea Utara membabitkan program senjata nuklear.


“Presiden Trump patut menang Hadiah Nobel Keamanan. Kita hanya memerlukan keamanan,” kata Jae-in.


Jumaat lalu, Jae-in dan pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un berjanji untuk menamatkan permusuhan di antara kedua-dua negara dan berusaha ke arah penghapusan senjata nuklear penuh di semenanjung Korea dalam persidangan pertama di antara kedua-dua negara, sejak lebih sedekad.


Trump sedang melakukan persiapan untuk bertemu dengan Jong-un yang dijangka dalam tempoh tiga ke empat minggu lagi. – Reuters


Source: SH Global

[featured-video-plus]