Anak pemandu bas Pakistan dilantik Menteri Britain

in Global by


LONDON – ENGLAND. Perdana Menteri Britain, Theresa May melantik menteri dalam negeri yang baharu selepas menerima tamparan hebat berikutan peletakan jawatan Amber Rudd tempoh hari.


Pemimpin negara itu menamakan Sajid Javid, 48, sebagai pengganti dalam kementerian yang penting itu selepas pengunduran Rudd.


Javid adalah anak pemandu bas keturunan Pakistan yang tiba di Britain pada 1961 dengan hanya wang satu pound dalam kocek.


Lelaki berkenaan disebut berjaya meningkat pantas dalam kerajaan.


Javid pernah memegang jawatan penting dalam Bank Deutsche sebelum menjadi ahli parlimen pada 2010. – Agensi


Source: SH Global

[featured-video-plus]