Gadis Kuale buktikan anak Perak boleh

in Uncategorized by


IPOH – Menjadi usahawan pada usia yang muda tidak menghalang Nurhanis Mohd Nasir,26 untuk terus mengembangkan perniagaan labu sayong milik keluarganya.


Nurhanis mengakui sangat meminati bidang perniagaan kerana telah didedahkan dengannya sejak kecil lagi malah selepas mengambil alih perniagaan labu sayong pada 2013, dia cuba memberi pembaharuan terutama dari segi rekaan produk.

Produk yang direka khas dan unik
Nurhanis bersama produk di Mehans Enterprise.


Menurutnya, sedar akan pelaburan penting dalam melebarkan perniagaannya, Nurhanis cuba mendapatkan pinjaman dan mendapati Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBU) bersedia memberikan peluang itu.


“Pada mulanya saya pinjam mikro kredit sebanyak RM10,000 dan alhamdulillah segala proses berjalan lancar dan perniagaan semakin maju dari hari ke hari,” katanya.


Beliau berkata, sejak meluaskan perniagaannya, keuntungan yang diterima juga sangat positif malah keuntungan bersih boleh mencapai sekitar RM8,000 hingga RM10,000 sebulan.


Katanya, Mehans Enterprise yang berlokasi di Sayong Lembah, Kuala Kangsar semakin dikenali bukan sahaja warga tempatan tetapi turut mendapat perhatian pengunjung dari luar negeri termasuk lawatan pelajar sekolah.


Tambah Nurhanis, kebanyakan produk yang dijual berupa cenderahati untuk perkahwinan, pejabat kerajaan dan swasta serta lain-lain lagi malah dia turut mereka ciptaan baharu sebagai tambahan kepada produk sedia ada.


Berkongsi maklumat mengenai pinjamannya, Nurhanis menggalakkan usahawan muda khasnya mengambil peluang untuk menjadi sebahagian warga YBU.


“Pinjaman yang diberikan YBU sangat membantu dan tidak membebankan. Apa yang saya pinjam, itu yang saya bayar… tanpa faedah.

Labu sayung dan produk lain yang siap untuk dipasarkan


“Selepas melangsaikan pinjaman pertama, saya pinjam untuk kali kedua sebanyak RM40,000 lagi,” katanya.


Menurut Nurhanis, sebagai seorang usahawan, dia perlu berani mencuba dan mengambil risiko selain minat terhadap apa yang dilakukan.


Katanya, melalui perniagaan dia mendapati lebih banyak masa terluang bersama keluarga berbanding bekerja makan gaji pada masa sama pendapatan juga luar biasa.

Nurhanis berhati-hati mengeluarkan labu sayung dari acuannya
Produk labu sayung yang sedia dijual


“Senang sahaja, jika kita kerja kuat dan rajin, hasil yang kita dapat sangat memberangsangkan. Paling penting jangan mudah berputus asa dan terus pandang ke hadapan dengan perancangan yang teliti,” katanya.

Hasil produk yang kemas kebanggaan Nurhanis.


INFO


Nama: Nurhanis Mohd Nasir              


Umur: 26 tahun                                


Status: Bujang                               


Pengalaman perniagaan : 10 tahun sering membantu ibu bapa berniaga sejak berusia 16 tahun     


Pinjaman bersama YBU: Pinjaman pertama (2015)

 


Source: SH Edisi Perak

[featured-video-plus]