Koleksi Ramadan Levi's

in Bisnes by


LEVI’S memperkenalkan koleksi terbaharunya sempena Ramadan sekali gus kempen muzik video bagi memberi inspirasi kepada ekspresi diri yang mencerminkan nilai dan jati diri sebenar.


Pengurus Negara Levi Strauss Malaysia, Imran Butt berkata, sebagai sebuah jenama global, Levi’s sentiasa memperjuangkan ekspresi diri.


“Kami mahu memperkasakan anda dalam melakukan perubahan yang ingin anda lihat dan menjadi manifestasi positif terhadap semua nilai yang dimiliki,” katanya.


Jelasnya, dengan himpunan pelbagai stail versatil yang sesuai digayakan dalam keadaan dingin mahupun kering, koleksi Ramadan ini mampu memperkasakan dengan memberi lebih keyakinan diri dan fokus, sekali gus memudahkan menjalani aktiviti harian, terutamanya pada bulan Ramadan yang mencabar.


“Menggabungkan sentuhan unik tanpa mengetepikan faktor ‘cool’ yang sinonim dengan Levi’s, koleksi baharu ini membolehkan si pemakai membina gaya perayaan tersendiri tanpa terlihat janggal.


“Koleksi ini menampilkan gaya cantik klasik, sofistikated dan padanan sesuai pasti membuatkan ia selesa digayakan sepanjang masa,” katanya.


Imran berkata, untuk koleksi lelaki padanan seluar jeans Performance Cool yang dipertingkatkan khususnya untuk 511 Slim Fit, 505 Regular Fit dan 501 Original direka untuk beri kesan dingin dan kering dalam cuaca tropika di Malaysia.


“Performance Cool menampilkan fabrik berongga yang menyerap kelembapan, sekali gus memudahkan pengaliran udara yang lebih baik pada tubuh serta membantu menyelaraskan suhu badan, menyelaraskan suhu badan meskipun berada di bawah kehangatan mentari,” katanya.


Sementara itu, untuk wanita Imran berkata, Seluar jeans Performance Cool himpunan 711 Ankle Skinny dan 710 Skinny Cropped berupaya menyerlahkan apa juga padanan yang ingin digayakan.


“Seluar jeans ini dihasilkan daripada material mudah regang yang selesa dengan kelebihan tambahan iaitu Teknologi Elastane Stretch yang memudahkan pergerakan agar lebih fleksibel.


“Teknologi ini turut menyediakan aspek pemulihan yang mengikut lentur tubuh semula jadi si pemakai sekali gus memudahkan perjalanan aktiviti harian,” katanya.


Jelasnya, menerusi koleksi baharu Ramadan ini turut menonjolkan teknologi inovasi denim.


“Dengan inovasi denim berteknologi tinggi berserta padanan balus dan kemeja becitrakan musim perayaan, koleksi Levi’s Ramadan ini sememangnya sesuai untuk keraian tahun ini.


“Koleksi ini boleh didapati di butik Levi’s di seluruh Negara mulai Mei ini dengan harga antara RM139 sehingga RM499,” katanya.

 


Source: SH Bisnes

[featured-video-plus]