Netanyahu sebar cerita basi

in Global by


TEHRAN – IRAN. Iran hari ini menggelar Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu sebagai ‘pembohong’ berhubung dakwaan negara itu memiliki program senjata nuklear rahsia .


Menurut jurucakap Kementerian Luar Iran, Bahram Ghasemi tuduhan Tehran menipu mengenai cita-cita nuklearnya sebagai ‘cerita basi dan memalukan.’


“Tuduhan Netanyahu itu datangnya daripada seorang pembohong besar yang tiada apa untuk ditawarkan kecuali penipuan,” ujar Ghasemi.


Netanyahu dalam satu sidang media televisyen semalam berkata, beliau memiliki ‘bukti’ rancangan senjata nuklear Iran yang mungkin diaktifkan pada bila-bila masa.


[ARTIKEL BERKAITAN: Iran dituduh sorok program nuklear]


Tuduhan tersebut muncul ketika Amerika Syarikat (AS) menimbang untuk menarik diri daripada perjanjian nuklear yang dicapai antara Tehran dan enam kuasa dunia pada  2015. РAFP


Source: SH Global

[featured-video-plus]