Pembangkang berkempen degan fitnah, berita palsu: Najib

in Nasional by


KUALA LUMPUR – Pembangkang berkempen dengan menabur fitnah dan berita palsu untuk meraih undi pada PRU14, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.


Dalam catatan twitter beliau hari ini, Najib memuat naik satu contoh catatan pengguna di laman sosial yang mendakwa kononnya Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menetapkan etika berpakaian baharu ketika mengundi pada 9 Mei ini.


“Jadi dalam kes ini, siapa yang bohong? Tak pasti jangan kongsi. Pembangkang berkempen dengan fitnah dan berita palsu untuk meraih undi! #TsunamiPHitnah,” katanya.


Semalam, SPR turut menafikan mesej tular di laman sosial mengenai etika berpakaian seperti kehadiran ke pejabat ketika mengundi pada PRU14. – Bernama


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]