Republik Dominica putus hubungan dengan Taiwan

in Global by


SANTO DOMINGO – REPUBLIK DOMINICA.  Republik Dominica memutuskan hubungan dengan Taiwan selepas hampir 80 tahun dan berubah haluan kepada China, satu lagi pergeseran diplomatik yang melanda pulau yang diperintah sendiri itu.


Pengumuman itu dimuat naik di laman web presiden hari ini dan menegaskan keputusan itu dibuat selepas mengambil kira beberapa faktor selain tertarik kepada potensi pertumbuhan hubungan perdagangan dengan China.


Ia berkata bahawa China telah menjadi pembekal import kedua terbesar di Republik Dominica.


“Sekarang kami sedang membentuk hubungan diplomatik, potensi pertumbuhan hubungan perdagangan dengan China adalah sangat besar.


“Apa pun, kami berterima kasih (Taiwan) atas kerjasama yang telah dikongsi selama bertahun-tahun.


“Bagaimanapun, sejarah dan realiti sosioekonomi memaksa kita berubah arah,” kata penasihat undang-undang presiden, Flavio Dario Espinal.


Taiwan kini hanya menjalin hubungan rasmi dengan 19 negara, kebanyakannya negara miskin di Amerika Tengah dan Pasifik.


Diplomat tertinggi kerajaan China, Wang Yi berkata bahawa dua negara itu kini akan bertukar duta.


“Keputusan yang penting oleh Republik Dominica ini bertepatan dengan kepentingan asas negara dan rakyatnya. Kami amat menghargainya,” kata Wang. – Press TV


Source: SH Global

[featured-video-plus]