Sangat memalukan golongan akademik

in Uncategorized by


KAMUNTING – Kelancangan calon DAP bagi kerusi Dun Tebing Tinggi, Dr Aziz Bari disifatkan sebagai satu tindakan yang kurang ajar.


Penyandang Adun Kamunting, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid berkata, beliau seharusnya menunjukkan perangai yang elok apabila datang bertanding di negeri orang lain.


Menurutnya, namun apa yang berlaku, beliau seperti hendak menunjukkan belangnya, sedangkan baru dua tiga hari datang ke Perak.


“Kalau hebat di Selangor tentunya pemimpin Harapan tak tendang keluar dari negeri itu,” katanya kepada Sinar Harian, di sini semalam.


Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan dikeluarkan Aziz yang mengatakan bahawa Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir tidak melaksanakan tanggungjawabnya.


Dalam perkembangan berkaitan, Mohamad Zahir berkata, tindakan Aziz sangat memalukan golongan akademik.


“Orang akademik kalau nak bercakap buatlah penyelidikan sikit. Ini hanya cakap ikut sedap mulut.


“Dia tak tahupun apa yang telah kita lakukan di Perak,” katanya. Mengulas lanjut, Mohamad Zahir berkata, kejayaan BN jelas dapat dilihat melalui Program Pemukiman Menteri Besar. “Kejayaan itu akan terbukti melalui keputusan PRU14 ini,” katanya.


Source: SH Edisi Perak

[featured-video-plus]